Isnin, 21 September 2015

Khasiat & Keberkesanan Buah Manjakani



Khasiat Buah Manjakani
  1. Awet muda : Antioksida di dalamnya berfungsi melambatkan proses penuaan sel.
  2. Pencegahan Kencing Manis : Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.
  3. Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksida manjakani mampu mencegah barah payudara dan barah rahim.
  4. Pencegahan bau yang tidak diingini : Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.
  5. Memulih otot dalaman faraj : Tannin pada manjakani mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar atau kendur.
  6. Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.
  7. Mengecutkan tisu-tisu : Astringen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
  8. Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
Keberkesanan Buah Manjakani
Keberkesanan buah manjakani ini telah lama terbukti terutamanya untuk merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.
Kajian telah menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, anti-oksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C) kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat.
Manjakani juga mengandungi unsur-unsur astringen, anti microbial dan anti-radang.
Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional terutama untuk penggunaan selepasbersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin.
Kajian juga membuktikan unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Tiada ulasan: